Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata perpaduan nasional di negara ini hanya akan benar-benar bermakna jika tiada rakyat yang terpinggir.
Oleh itu, beliau berkata, kerajaan perlu menggunakan pendekatan keterangkuman dalam pembangunan dan pertumbuhan ekonomi dan memastikan hasil kejayaan dikongsi secara meluas.
"Seperti ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020), kerajaan persekutuan komited dalam memastikan setiap orang, tanpa mengira jantina, etnik, status sosio-ekonomi dan lokasi geografi, boleh hidup dalam masyarakat yang benar-benar harmoni dan progresif yang menjadi tanda aras sebuah negara inklusif dengan ekonomi maju.
"Sebab itu kenapa kerajaan memberi tumpuan dan akan terus memberi penekanan, terhadap betapa pentingnya pembangunan di Sabah. Sejak pewujudan Koridor Pembangunan Sabah pada 2008, RM127 bilion dalam bentuk pelaburan komited telah dijana; dan saya pasti ini hanya permulaan bagi Sabah untuk terus maju dan memainkan peranan penting dalam transformasi ekonomi Malaysia," katanya.
Najib berkata demikian dalam ucaptama pada Seminar Integrasi Nasional anjuran bersama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) di sini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup dan kalangan menteri persekutuan dan negeri.
Najib berkata di negeri seperti Sabah, iaitu lebih 60 peratus kawasannya adalah berbukit dan bergunung-ganang dan banyak penduduknya tinggal di kawasan luar bandar, infrastruktur adalah kuncinya.
Sehubungan itu, katanya di bawah Rancangan Malaysia ke-10, kerajaan berjanji untuk menyelesaikan masalah dihadapi mereka yang hidup tanpa bekalan elektrik dan menurutnya beliau dengan penuh gembira dapat menyatakan bahawa 98.2 peratus kawasan luar bandar kini telah mempunyai elektrik, meningkat sebanyak 92.5 peratus daripada tahun 2010.
Mengenai janji untuk menambah baik kemudahan pengangkutan di Sabah, Najib berkata lebih 4,000 kilometer jalan raya telah sama ada dinaik taraf atau dibina di negeri ini. Laluan rel antara Kota Kinabalu dan Tenom juga telah dinaik taraf.
Beliau berkata Lebuhraya Pan Borneo membabitkan jarak hampir 1,700 kilometer yang sedang dalam pembinaan yang akan menghubungkan antara Sabah dan Sarawak dan dengan dua negara jiran iaitu Brunei Darussalam dan Indonesia, membuka pelbagai peluang bagi komunikasi dan ekonomi.
"Namun kami sedar bahawa bagi masih banyak orang, untuk pergi ke klinik atau sekolah membabitkan perjalanan jauh dan sukar. Kami perlu berikan keutamaan saksama untuk menghubungkan kampung-kampung antara satu sama lain, serta ke bandar-bandar terdekat, supaya manfaat pembangunan dapat diberikan kepada semua.
"Bagi memastikan ini dicapai, setakat Jun 2014, kerajaan pimpinan saya telah memperuntukkan lebih RM1.7 bilion kepada Sabah, untuk digunakan bagi projek pengangkutan dan logistik," katanya.
Mengenai sekolah, Najib berkata kerajaan mengakui pentingnya pendidikan dan sedang mewujudkan masyarakat inklusif dan memastikan peluang disediakan kepada semua.
Di Sabah, katanya, pada ketika ini, sektor pendidikan rendah masih belum dimanfaatkan sepenuhnya dan sebab itu pembinaan sedang dilaksanakan bagi 288 buah prasekolah baharu dan 3,500 guru prasekolah yang baharu dan penyedia penjagaan kanak-kanak akan dilatih menjelang 2017.
Najib berkata untuk memantapkan sektor pendidikan tinggi di Sabah, lebih banyak institusi akan mewujudkan kampus cawangan di Hab Pendidikan Sandakan bagi menawarkan peluang pendidikan tinggi kepada lebih banyak lepasan sekolah.
Lagipun, ini akan membantu Sabah untuk mencapai objektif bagi meningkatkan tenaga kerja mahirnya sebanyak 15 peratus menjelang 2020 di bawah Rancangan Malaysia ke-11.
Najib berkata banyak peluang kerja telah diwujudkan dan industri tempatan menyokongnya menerusi pewujudan Kawasan Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang dan projek Baja Ammonia Sabah (Samur) dan pada masa sama, kemudahan penjagaan kesihatan di Sabah telah ditambah baik.
Kerajaan memperuntukkan kira-kira RM660 juta dalam bajet 2015 untuk meningkatkan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah, dengan dua kem baharu dan lebih 1,200 anggota tentera, katanya.
"Saya ingin memberi jaminan kepada anda: suara rakyat Sabah tidak pernah sekuat sekarang dalam kerajaan Persekutuan dan Barisan Nasional. Tetapi itu bukan sebab kenapa kami memberikan banyak penekanan kepada Sabah. Dan juga bukan sebab kenapa saya meminta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, untuk mengkaji semula pertindihan dalam membuat keputusan di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, yang akan memperkasakan lagi pentadbiran kerajaan negeri Sabah.
"Kami mengambil tindakan ini kerana ia adalah tindakan yang betul, kerana kami mementingkan keterangkuman, dan kerana kami mengakui bahawa dalam sistem demokrasi persekutuan, hak untuk negeri-negeri membuat keputusan sendiri mesti dihormati," kata Najib.
Bernama
Wed Sep 16 2015
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman serta beberapa pemimpin kerajaan mengibarkan Jalur Gemilang selepas merasmikan Seminar Integrasi Nasional hari ini. -fotoBERNAMA
JKR terima arahan daripada MOF melalui surat cadangan bagi setiap projek Jana Wibawa
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa Jabatan Kerja Raya (JKR), telah menerima arahan daripada Kementerian Kewangan (MOF) melalui surat cadangan pelantikan kontraktor, bagi setiap projek pembinaan di bawah Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa.
Sepasang kekasih ditahan di Kemaman
Sepasang kekasih ditahan bagi membantu siasatan selepas disyaki membuang bayinya di sebuah kedai di Kemaman Sabtu lalu.
Siti Bainun tarik rayuan tangguh hukuman penjara 12 tahun
Siti Bainun Ahd Razali menarik balik permohonan di Mahkamah Rayuan Putrajaya untuk menangguhkan hukuman penjara 12 tahun atas dua sabitan mengabai dan menganiaya Bella.
Kementerian Digital usaha tampil dasar baharu pelancaran rangkaian persendirian 5G
Kementerian Digital akan berbincang dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung usaha menampilkan satu dasar baharu mengenai pelancaran rangkaian persendirian 5G.
Kompleks Dewan Bedah Pusat Jantung HSIS dibaik pulih menjelang bulan depan
Kerosakan atau kecacatan pada Kompleks Dewan Bedah Pusat Jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang, Selangor yang dilaporkan sebelum ini akan dibaik pulih menjelang bulan depan.
AWANI Borneo [20/05/2024] – Spesis terancam | Cabaran hidrgoen | Pesta Kaamatan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar
#AWANIBorneo 20 Mei 2024
- Diplomasi orang utan, habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
- Cabaran Hidrogen, JBPM hantar pasukan hazmat ke China
- Pesta Kaamatan, 'Seindah tradisi' tampil warisan & budaya kaum Sabah
#AWANInews
#AWANIBorneo 20 Mei 2024
- Diplomasi orang utan, habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
- Cabaran Hidrogen, JBPM hantar pasukan hazmat ke China
- Pesta Kaamatan, 'Seindah tradisi' tampil warisan & budaya kaum Sabah
#AWANInews
Faisal Halim mungkin 'discharge' lebih awal
Faisal Halim yang mengalami kelecuran tahap empat mungkin dibenarkan keluar dari hospitallebih awal iaitu dijangka pada minggu ini.
Seorang maut, 13 cedera dalam dua letupan bom di Narathiwat
Seorang maut dan 13 termasuk seorang anggota polis cedera dalam dua letupan bom di Daerah Jok Irong dan Sukhirin di Narathiwat, selatan Thailand, pagi tadi.
Pendengaran yang baik penting untuk penjagaan emosi warga emas - Pakar
Pakar audiologi, Nur Ameera Johaniz berkata pendengaran yang sihat merupakan aspek yang penting untuk komunikasi antara ahli keluarga. Jelasnya, tanpa pendengaran yang jelas, adalah sukar untuk warga tua meluahkan perasaan dan menjaga emosi sebaiknya.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian – Pakar
Pakar audiologi, Nurul Amirah Mior Hasim berkata kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza. Jelasnya, warga emas yang tidak mendapatkan rawatan untuk masalah pendengaran berisiko berdepan kesukaran menjalani rutin harian. #AgendaAWANI
Perpaduan nasional tidak bermakna jika ada rakyat terpinggir - Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata perpaduan nasional di negara ini hanya akan benar-benar bermakna jika tiada rakyat yang terpinggir.